Saturday, December 31, 2011

Buat Kau,HAWA

Gambar sekadar hiasan - Reen

Duduk tersimpuh jasadnya
indah bertudung litup
sayu iras wajahnya dibelai bayu lalu
perlahan  kerdip alis matanya
merenung tajam luar jendela
dihiasi manik sulam indah kain sutera
merungkai nestapa

Kau itu HAWA
jangan biar tubuh dan mindamu dinodai cinta
mengerti akan asal asyiknya cinta
bukan untuk kau HAWA 
berduka

Kembalikan jiwamu yang lama mati
bak titisan embun malam
tandus ditanah kala mentari terbit siang
Cinta itu MILIK KU kini
sadarkan batinmu
perlihara maruah perempuanmu
jangankan busuk hatimu 
umpama batu bernanah terbuku kaku

Hingga mentari lelah dalam pelariann
syahdan tanah angkuh terbenam
doaku agar cinta ini sntiasa milikku
dan kau HAWA
pergilah berlalu dalam cahaya bisikan rembulan itu
mencari cinta hakiki
yang pasti MILIKMU sendiri


Wednesday, December 28, 2011

Nur Mawaddah...



Tika senja melabuhkan sayap
Langit samar merah kekuningan
Angin lalu memebelai
layu terpaku 

Hati terdetik 
Bibir membisu
Cengkerik menyanyi sayu
sang camar bergelimpangan terbang perlahan
pulang ia pulang ke denai

AKU ini jiwa terusik 
terbenam mentari merobek rasa rindu
menantikan esok sinar pagi
sinar itu KAMU

Nur Mawaddah ku.....




Sunday, December 18, 2011

buatmu penggoda qalbuku.........

malam kian kelam
berbuah kerinduan bersulam kesetiaan
angin dingin menyelimutkan jasad

dalam pita batin ini
andai diurai dirobek satu persatu
hanya kau itu 
dalam sketsa mimpi-mimpiku

pori-pori cinta tak pernah membeku
nur matamu cahaya semangatku
berderang abadi tadahan doaku
rintihan berdarah
kau penggoda qalbu
anugerah dari Al-Jannah buatku


Saturday, December 17, 2011

Bulan Menanti Siang



Kerinduan terpendam 
mendodoikan hati
melentikkan jari menari
melontar kalam mengurai desis hati

Kurindui dataran tidak beralun
dilangit bilik berkerlipan bintang
pandangan nurani syahdu
angin pengap meruntun jiwa
pergilah terbang menghurai ungkapan cinta

Aku ini terkurung sepi 
dalam kotak ciptaan sndiri
wahai cinta !
CINTA bawalah ku pergi 
rindu bertaut erat bagai si kiambang

Aku ini , 
BULAN MENANTI SIANG
akan ku kutip gembira pagi mentari
kerna ada cintamu
ingin aku hidup seribu tahun lagi.

Sunday, December 11, 2011

Anugerah Cinta


Cinta itu buta
itu bentak hati insan cetek 
itu herdik manusia tanpa peka hati kecilnya
khalifah utusan sang pencipta 
alam semesta

Cinta itu duka
itu dusta !
tiupan angin sayup menusuk jiwa
dada yang ditadahkan
nyaman menyapa lembut terkesima

Cinta itu harusnya BAHAGIA
cengkerik merengek memecah sunyi hati
bersulamkan benih bayu menyapu lembut
tenang rasa hati

cinta yang kurasakan ini ANUGERAH
percikan rongga hati 
cinta diiringin doa-doa indah
menongkah sayap bertongkatkan setia
ke taman firdausi berdua hendaknya 


MUHAMMAD AKHBAR IDRIS

Saturday, December 10, 2011

Dingin....


Dingin angin
meresap halus ke tulang rusuk
kebas keras

Dingin angin
mendetikkan hati 
sempurna ciptaan Al-Khaliq
cacat cela tiada
indah sentiasa memukau jiwa

Dingin angin 
melenyapkan sinaran sang gerhana
sayup-sayup deraian hujan
hebatnya ciptaaan Al-Alim
yang sini kelam
yang sana terang
manusia-manusia jalang tak tersedar amaran
sang pencipta sekalian alam
Allah Hu Akhbar.

Thursday, December 8, 2011

ARJUNA




ARJUNA ITU
SENYUMAN SIMPUL MENGETARKAN HATI 
GAGAH PERKASA
BAGAIKAN MEMBERI PETANDA BAGAI BERKATA
"AKULAH PELINDUNGMU"

INGIN SEKALI TANGAN MENGAPAI
MERANGKUL ERAT PADAT
TENANG UMPAMA FIRDAUSI ALLAH
GALAK MATA MERENUNG
MENCAIRKAN NURANI SEORANG BIDADARI 

INDAH NIAN TERDETIK
BUIH-BIUH CINTA MEMBELAI MEMBASAHI MUKA
KATA JIWA
AKU BAHAGIA.

Monday, December 5, 2011

Aku menangis lagi


Aku menangis lagi
Petang senja dingin seakan mengerti
terluka dalam hati
kau curigai segala cinta

Dingin Cinta kita tak siapapun nampak dimata
kaukah itu yang aku kenali sejak dahulu ?
Aku ini hanya insan malang
terhumban ke lembah jalang jahanam

Perlukah merungkai segala perit hati
Kau sulam hatiku dengan buih-buih cinta
kini kau toreh pula
oh Tuhan inikah nikmat cinta yg kau janjikan

Aku menangis lagi
jiwa meronta 
kasih tersisih
batinku tersiksa kerana hanya kau ku cinta
aku menangis lagi
TERIMA KASIH CINTA

Saturday, December 3, 2011

Bentak Sang Jalang

Sepoi- sepoi bahasa angin lalu
menyingkap segala sengketa
kenangan silam nyata penuh dusta

Tak pernah terucap dibibir 
segala derita duka nestapa
Lancangnya sang bibir meluah kata
kau yang deritakah atau aku kah ?

Detik hitam lama tak pernah terungkai
megapa kini kau datang mendedai- dedai?
Ya Allah kuatkan hatiku
tetapkan semangatku teguhkan niatku


Aku insan jalang ini
berkata bisa , berdoa bisa
kerana hanya kau Maha mengetahui , sang Maha Esa
hanyak kau sedari
bentak hati ini
BENTAK SANG JALANG ini .
duka dihati ni
aku ini ingin hidup seribu tahun lagi,
kerna aku pasti ,
hujungnya itu ada pelangi.