Friday, March 30, 2012

Lafaz CINTA

Tubuh terpaku
Mata melirik laju
Sedetik terpaut pandangan
Terkesima kaku
Terasa bagai dipanah
Namun terasa tengang sayup segar
Umpama mawar baru dipetik
Hati berbunga
Rupanya getar dari pandangan MATA

Lafaz CINTA
tak perlu luah di hujung pena
tak perlu lontar sepatah kata

Lafaz CINTA
dari mata
menusuk penjuru kalbu
bahagia aku
tenggelam dalam  LAFAZ CINTAMU

Sunday, March 25, 2012

DALAM TENANG KAU CABAR
DALAM DIAM HATI MEMBERONTAK
JANGAN SEKALI KAU SANGKA
HATI KECIL WANITA TIADA DAYA

JANGAN SEKALI KAU TERKSEIMA
SAAT MAKI TERLONTAR PERIT KE MUKA
MULUT WANITA BERBISA
TAPAK TANGAN MENUNGGU MANGSA
AKU INI BENTAKNYA ADA
KASAR
GUSAR
DALAM JIWA MENGAUM
SAYANG JANGAN SAMPAI AKU MASUK JARUM
PERITNYA MENUSUK
SERIBUT TAHUN BISA
MENDERA BATIMU.

Thursday, March 22, 2012

Malam ini



Serunai malam
alunkan merdu suaramu 
bawakan nafas cintaku

Kerlip-kelip malam
bantu aku sampaikan
rindu terbuku dalam hati

Malam ini AKU sendiri
KAMU sendri
namun sayang jangan khuatiri lagi
Malam ini dan sentiasa kamu bintang di hati.

Thursday, March 15, 2012

Hela nafas berganti...............



Hela nafas berganti
Degup jantung laju tidak kedengaran di zahirnya
Sinar mata melihat renunganmu
Rindu aku rindu
gelak ketawa bisikan katamu
Sehingga esok kan ketemu
cuma padamu aku curahkan RINDU.

Beribu batu jarak kita
namu sayang tak usah gentar hati aku masih CINTA

Friday, March 9, 2012



Dalam diam
Dalam sendu
Mata melirik mencari
Hati terbungkam rindu
CINTA tersimpan
rapi bersulam tawa bahagia
BERSAMA
Seiring berjalan waktu,detik indah kian dinanti saat bersama selamanya....

Wednesday, March 7, 2012

Aku mahu kau tahu...



Cintaku
aku mahu kau tahu
hati ini telah terpalit lukisan
ukir bentuk namamu

Sayangku
aku mahu kau tahu
marahku bukan beerti benci
cemburu bimbang ada rasa dihati
kerana ada kasih telah kucurahkan buatmu

Arjunaku
aku mahu kau tahu
berbunga rindu dalam taman hati
tak pernah luruh walau seketika
gerbang taman tersergam indah
tertempa namamu itu
atas gerbang hatiku

Duhai alasan senyumku
aku mahu kau tahu
wanita jodohmu itu adalah tulang rusukmu
syahdan..
Ya Allah , aku mohon padamu
jadikan namaku
EMMY NATILA BINTI AHMAD
tertulis rapi pada daun jodohnya itu

MUHAMMAD AKHBAR BIN IDRIS
aku mahu kau tahu
saat ini
hatiku sentiasa milikmu
dan tak pernah ku getar sedikitpun
karna aku tahu hatimu itu millikku jua
kesyurga hendaknya cinta kita!

Thursday, March 1, 2012

Sayang bercambah


pekik telingkah
mata bagaikan tak tertahan
sehingga jatuh titisan 
menunjukkan batin ini masih bisa berkata

erat tangan bagaikan menggengam
sekeping kati berona cinta
kau warnai hidupku
dengan tingkah dah sasamu

ingin kugapai bulan
ingin ku petik bintang
rangkap merungkai lukisan dalam hati

SAYANG
sayangku bercambah lagi buatmu
bercambah gelora cintaku ini untukmu
sayang
aku cinta kamu

MUHAMMAD AKHBAR IDRIS
doaku.kau jodohku,tuhanku dengarkan doa hatiku, semoga dia ini jodohku.amin (: