Saturday, September 29, 2012

hanya padamu aku kembali


Hanya padamu aku kembali

Resah
Hati merintih
Jiwa bergelora
bergenang air mata

Sesak
Sebak terasa bagai hati ditepam
Ditekan lemas
Meronta jasad merenggang
Teriak batin bagai dentuman petir

Ya Allah
aku insan hina biasa diduga
kepadamu aku bersujud
menadah tangan merayu simpati
tenangkan hatiku
ingatkan ku kepada mati
sesungguhnya hanya padamu
aku kembali










Friday, September 21, 2012

Rapuh Hatiku


Sendirian terbuai mimpi indah
dalam pandangan syahdu
dingin malam sayup
menggapai sukma jiwa

Rasa ini
Rapuhnya hatiku
Cintamu mencorak nurani
mengalun suara mengulas berita 
rindu

Rapuh hatiku
terperangkap dalam rindu
rindu jitu untukmu

Monday, September 10, 2012

Andai kau tulang Rusukku


seandainya kau diciptakan untukku
dan pula
aku ini diciptakan untuk kamu

ANDAI KAU TULANG RUSUKKU
andai namamu terukir di uh Mahfuz buatku
aku redha

Sedarku akan diri ini
aku hanya wanita biasa
tiada se-gah Siti Khadijah 
tiada juga seindah Balqis

namun sentiasa aku mencinta
sentiasa aku setia
akan ku terangi hidupmu 
AKU kilauan permata tersorok sinarnya

aku ini rindukan seharuman kasturi 
Andai kau TULANG RUSUKKU
andai kau ADAMKU
bawaku ke syurga denganmu
amin.

Sunday, September 9, 2012

Monolog pelangi



Termenung aku sendirian 
terbuai khayalan cinta
bahagia bergelora dalam jiwa

Angin meniup sepoi bahasa
menyapu halus menyapa mulus muka
bayu selimutkan jiwaku
bahagia terasa

Kau hadiahkan pelangi
indah nian menggoda sanubari
yakinlah aku ini
cinta darimu Illahi

Ke syurga hendaknya cintaku dan kamu



Thursday, September 6, 2012

kamu untukku


Seketika aku terkesima
Terbuai cinta indah dunia
Hati seakan berbunga

Saat rasa itu menjelma
terawang diri seakan disyurga
rasa anugerah sang Esa

Menyingkap rasa ceria
kau dan aku
disapa rasa rindu

Angin yang lalu
dingin menyentuh kalbu
sedetik rasa syurga

Cintamu selimutkan ku
suaramu alunkan nada cintaku
langkah tariku untukmu
sayang aku mahu kau tahu
sentiasa aku terasa
bahagia
denganmu

sentiasa dalam percaya hatiku
kamu untukku.