Saturday, September 29, 2012

hanya padamu aku kembali


Hanya padamu aku kembali

Resah
Hati merintih
Jiwa bergelora
bergenang air mata

Sesak
Sebak terasa bagai hati ditepam
Ditekan lemas
Meronta jasad merenggang
Teriak batin bagai dentuman petir

Ya Allah
aku insan hina biasa diduga
kepadamu aku bersujud
menadah tangan merayu simpati
tenangkan hatiku
ingatkan ku kepada mati
sesungguhnya hanya padamu
aku kembali










2 comments:

✿Lady Ainaa✿ ✿Lady Ainaa✿ said...

bila kita rasa ada mslh, jgnlah bergantung kepada manusia dan dunia, kembali lah kepada Allah... nice dear...

Suasfarizan Ahmad Suasfarizan Ahmad said...

Jgn kita sesekali lupa pada tuhan yang telah mencipta setiap hmba nya di muka bumi yg luas ini, Ingat kpd Nya sentiasa,.Insyallah ada rahmat utk kita.. Nicee :)