Thursday, September 6, 2012

kamu untukku


Seketika aku terkesima
Terbuai cinta indah dunia
Hati seakan berbunga

Saat rasa itu menjelma
terawang diri seakan disyurga
rasa anugerah sang Esa

Menyingkap rasa ceria
kau dan aku
disapa rasa rindu

Angin yang lalu
dingin menyentuh kalbu
sedetik rasa syurga

Cintamu selimutkan ku
suaramu alunkan nada cintaku
langkah tariku untukmu
sayang aku mahu kau tahu
sentiasa aku terasa
bahagia
denganmu

sentiasa dalam percaya hatiku
kamu untukku.

0 comments: