Dingin angin
meresap halus ke tulang rusuk
kebas keras
Dingin angin
mendetikkan hati
sempurna ciptaan Al-Khaliq
cacat cela tiada
indah sentiasa memukau jiwa
Dingin angin
melenyapkan sinaran sang gerhana
sayup-sayup deraian hujan
hebatnya ciptaaan Al-Alim
yang sini kelam
yang sana terang
manusia-manusia jalang tak tersedar amaran
sang pencipta sekalian alam
Allah Hu Akhbar.
2 comments:
bagus.. kreatif awak nih sy pun pandai nak berpuisi nih..
great.. boleh buat buku! ceh hahah
Post a Comment