Thursday, November 17, 2011

Adakah Jalang?

Perit-perit hati dicarik
tercalar melimpah darah merah
pedihnya tak terkira
mencurah-curah sang merah basah


Mulutnya terbuka
meluahkan derita meluahkan yang terpendam terbuku
tidak terdetikkah salah disudut hati
bila berkata 
megundang sengketa
mengurai nestapa?

Jalangkah insan ini yang kau kata
sesuka hati kau menerjah
meneka
siang kau katakan cinta
malam kau beri caci maki ke muka

hey kau!
jangankan insan ini senang lenang kau caci
suara lantang akan menerkam
menyesal tak sudahlah kau
kerana kata kau binasa
kerana mulut busuk kau sengsara

Adakah jalang diri kau itu ?

0 comments: