Monday, October 31, 2011

Pahit Tidak Peduli


mulut tempayan ternganga
terbuka menadah curahan daring sang awan kelabu
dicurah dicurah entah kemana nak dilimpahnya
aku yang tidak pernah peduli
aku yang tidak pernah alpa
segala apa yang diungkat dicurah bukan sekadar kata

gurisan carik-carik luka dalam hati
tak siapa mengerti
kata-kata jalang sundal
pergi !

sepatah kata serungkai ayat
takkan dapat menerangkan segala apa yang dirasakan
adakah aku ini insan yang salah sundal
adakah kamu itu insan yang lengkap syumul
tidak pernahkah kamu fikirkan hati orang benci
terpendam tersimpat disegenap sudut hati?
caci maki takkan ku lontar ke muka kau yang kelihatan sepi
kerna aku takut terbakar kau
oleh aku yang sedang panas berapi .

3 comments:

Yasmin ♥ Yasmin ♥ said...

Puitis sungguh ! :)

Munira Munira said...

menarik.. :) followed u.. follow me back :) http://munbulan.blogspot.com/ tq :)

Emmy Natiella Emmy Natiella said...

thank you :)