Bunyi cengkerik perlahan
membuat insan termenung sejenak
mentafsir detik-detik cobaan hidup seketika di bumi azali ini
dentam-dentum mercun menenggelamkan merdu serangga itu menyanyi
terdetik seketika
tenggelamkah keyakinan diri insan ini?
dek kerana masa berlalu selaju halilintar mengganas
kesinambungan hidup tidakkah dapat diterjah sewenang-wenangnya keinginan
keinginan manusia sejagat melampaui fitrah alam
aku ini tergolongkah mereka?
ketaksuban pada metropilitan ini mendera batin
keinginan melonjak menerpa syurga
manusia ini
keinginan bagaikan seribu bayangan
DIA yang menentukan..Insyaallah, jawapannya ini semua.
0 comments:
Post a Comment